Saat-saat Kelahiran Seorang Nusaibah Faqihah
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah
Kali ini Ummi nak kongsikan kronologi saat bersalinkan Nusaibah Faqihah puteri Ummi, anakanda kedua Ummi. Moga menjadi kenangan terindah buat Ummi & anakanda Sayang. Juga Papa yang menjadi saksi jerit tangis Ummi. Bismillah.
18 Oktober 2018
11 am: Daftar postdate di HSNZ ditemani Ibu & Ayah kerana Papa kerja.

12 pm: Admit Wad 2A (Abang Booked First Class)
2.45 pm: Check jalan baru 2cm, so Dr terus masuk ubat induced (tak ingat nk tanya nama ubat sebab keciwa belum buka besar lagi. Huhu) Tak expect juga lepas check jalan terus nak masuk ubat. Beratur juga ibu-ibu yang nak check jalan. Ada juga yang terus masuk ubat macam Ummi.
4.15pm: Start contraction. Irregular contraction yang kerap. Dalam 10 minit ada 2x contraction. Gigih nak solat Asar sebab rasa sakit dah makin kuat. Irregular tapi pace dia cepat-cepat.
Done Solat Asar:
Sakit makin kuat dah kerap. Dah landing dah kat katil. Papa tolong urut-urut belakang dan kaki. MashaAllah. Kuat sakitnya. Tapi masih boleh tahan. Rasanya tak macam Naqeeb yang masuk ubat terus sakit kuat yang amat. Masih boleh tahan. Cuba kawal pernafasan, tarik nafas dalam, hembus nafas lepas. Kurangkan sikit rasa sakit tapi kuatlah sikit bunyi, ganggu orang sebelah2. Sorry jiran2. Huhu. Tak lama lepas tu, kena tolak ke Wad4A (First Class).
Done Solat Maghrib:
Papa keluar solat Maghrib sekejap. Nurse pesan kalau nak check jalan ke bilik rawatan. Sebab tak tahan sakit kita gi check jalan. 3 cm. Baru 3 cm. Allahu rasa macam nak nangis je bukaan tak besar lagi walaupun dah sakit sangat. Sakit yang tak bertambah sakit. Tapi sakit (aa macam mano tu..huhu) At that point, Ummi tengok ada darah kat glove Nurse yang check bukaan jalan tu.
Done Solat Isyak secara duduk:
Selepas solat Papa suruh Ummi jalan-jalan untuk cepatkan bukaan. Rasa macam tak boleh nak jalan sebab sakit sangat. Tapi cuba kuatkan juga. Fikir tak nak sakit lama-lama je. Papa tolong pimpin. Dia bawa ke tingkap supaya boleh tengok view luar. Ummi tiba-tiba rasa darah menitik kat bawah. Allah. Dah keluar darah show. Since masa Naqeeb tak keluar show ke apa ke, jadi macam panik la. Tapi bila panggil Nurse, Nurse suruh pakai pad je. Meaning tak seriuslah. Ingatkan terus boleh masuk labour room. LOL.
9 pm: Nurse suruh Papa keluar sebab sepatutnya pukul 9 tu tak ada visitor boleh masuk. Aduh, Ummi dah berdebar nak hadap contraction sorang-sorang. Tak henti zikir (La ilahailla anta subhanaka inni kuntu minazholimin) dan selawat nabi. Sakit memang dah kuat tapi Ummi cuba juga jalan. Jalan dari bilik wad ke kaunter Nurse depan, patah balik ke katil. Ulang dua tiga kali. Bila penat, balik katil, baring, tahan contration sambil baring sampai tertidur-tidur. Bila sampai contaction, buat pernafasan, bila dah stop contraction, tidur. Mengantuk dalam sakit. Dalam pukul 11 lebih macam tu dah tak boleh tidur.
19 Oktober 2018
1 am: Jalan-jalan lagi sampailah betul-betul rasa sakit. Dah tak boleh nak jalan. Rasa tak boleh tahan dah sakit tu. Tekan loceng dekat atas kepala katil sebab tak larat nak panggil Nurse. Nurse datang tanya kenapa. "Dah sakit sangat," Ummi bagitau Nurse sambil muka dah tara senyum. Nurse panggil check jalan.
Alhamdulillah dah 5cm! "Siap-siap barang baby, kita tolak ke labour room," pesan Nurse. Lega.
Ditolak ke labour room, Papa dah tunggu diluar labour room. Bila masuk, Nurse pasang CTG, keluarkan air kencing guna tiub kencing & pecahkan air ketuban. Lepas pecahkan ketuban sakitnya Allah Taala je yang tahu. Meronta-ronta jerit Allahhh, Allahhhh. Papa usap-usap & suruh bersabar. Dia pesan ikut arahan Nurse supaya proses lebih mudah.
2.15 am: Nurse tinggalkan sekejap Ummi dan Papa dalam labour room itu. Lepas tak berapa lama Nurse masuk, Papa kata nak ke tandas sekejap.
Nurse tengok Ummi dah sakit sangat.
"Ada rasa nak teran ke?" Ummi angguk. Tak larat nak cakap. Dia check jalan lagi sekali, tusuk jari dia dan suruh Ummi push. Ummi push ikut arahan Nurse.
"DAH FULL!!!" Nurse jerit, berebut semua Nurse dan HO masuk. Bukaan dah penuh meaning baby dah ready nak keluar. Papa pun sempat sampai tepat masanya.
Terjadilah adegan push mengepush dengan sedaya-upayanya. Ummi tak pandai push mungkin. Atau kepenatan tahan contraction sebelum ini. Allahu. Tak cukup nafas. beberapa kali cubaan akhirnya...
2.33 am: Seorang bayi berjaya keluar dari rahim Ummi dengan selamat. Alhamdulillah cukup sifat. APGAR Score 9/10. 3.32kg.
Maka lahirlah seorang anak perempuan, yang putih seputih-putihnya saat lahir. Punya iras sebiji Abang Naqeeb.
Lantas hari ke-tujuh, kami memberi nama NUSAIBAH FAQIHAH. Mengambil barakah nama sahabiah Nusaibah Bin Kaab, serikandi Islam di zaman Rasulullah & Faqihah agar anak ini menjadi anak yang faqih dalam segenap bidang yang diceburi kelak.
Semoga Allah merahmatimu nak.
Love,
Ummi.

Comments
Post a Comment