Bermula titik baru


Assalamualaikum Warahmatullah

Entry pertama buat sekian kalinya. Dulu Qis pernah ada blog. Blog zaman muda mudi, menulis sekadar suka-suka. Asalnya masa kecil-kecil lagi Qis memang suka menulis dairi. Habis satu buku dairi, pasti Qis akan beli buku dairi yang lain. Biasalah, dulu seawal Tingkatan 1 lagi dah dihantar ke asrama penuh. Ada perkara yang kita rasa tak boleh nak luah dengan kawan-kawan, Qis curahkanlah pada dairi. Macam-macam ada dalam buku dairi tu. Bunga-bunga ada, conteng dengan dakwat hitam penuh satu muka ada (geramlah kononnya) dan macam-macam. Buku dairi Qis siap ada nama tau! Haha. Adakah yang kongsi cerita sama macam Qis ni. Boleh buat kawan. Hehe.

Sekarang Qis decide untuk buat satu blog baru memandangkan sekarang memang jauh berbeza dengan zaman dulu-dulu tu, nak sambung blog lama rasa macam pelik pula. Haha. Masa zaman universiti pun jarang dah dapat menaip panjang-panjang dalam blog. Sekarang, sudah berkahwin, dan dalam proses membina kerjaya, Qis rasa banyak yang boleh Qis kongsi. Facebook? Qis tak berapa prefer sangat menulis panjang-panjang di Facebook. Di blog, bolehlah buat karangan cerpan (cerita panjang) ikut suka hati.

Hubby Qis pun suka menulis. Dia kata menulis boleh push kita untuk banyak membaca. Tanpa ilmu, bagaimana hendak berkongsi. Bila kita sendiri tak ada apa-apa, apa yang boleh kita beri, betul tak? Harap-harap dengan adanya blog ini boleh bantu Qis buat anjakan paradigma untuk perbaiki diri sendiri & harap-harap juga membantu orang lain.

Comments

Popular Posts