My TTC Journey
Bismillah.
Assalamualaikum WBT.
Hari ini, Ahad, hari bekerja bagi negeri Terengganu dan negeri-negeri yang sewaktu dengannya. Sunyi rasanya suasana Kampus KOTA, UniSZA sebab mungkin ramai staf ambil cuti kerana menyambung cuti hujung minggu dengan cuti sempena Hari Natal esok.
Pagi tadi selepas membuat sedikit pembacaan di PG Lounge, Ummi bergegas ke UMT untuk mengkuantifikasi (quantify) RNA yang diekstrak Khamis lepas. Dalam jam 12 juga sampai di UMT. Hari ini sampel yang Ummi nak quantify tidak banyak pun, hanya tiga sampel. Sesiapa yang pernah belajar bidang Molecular Biology atau Genetics pasti berasa tidak asing dengan perkataan yang Ummi sebut itu. Dalam molecular biology, RNA, DNA adalah perkara asas. Manakala cara mengkuantifikasi asid nukleik tersebut juga tidak lari dari penggunaan spektrofotometer. Di UMT, Ummi menggunakan spektrofotometer berjenama Biodrop yang sama teknik penggunaan dengan Nanodrop yang lebih terkenal dalam bidang ini. Namun, fungsi kedua-duanya tetap sama untuk quantifying asid nukleik, dan protein. Alhamdulillah sebelah petang Ummi sedikit lapang. Ummi pulang ke rumah, makan tengahari da menyambung kerja di rumah. Alhamdulillah suami menyediakan kelengkapan internet di rumah. Ummi boleh akses internet dengan cepat lebih-lebih lagi apabila kita sedang membuat kajian, penulisan kajian sangat penting dan segala pencarian banyak memerlukan akses Internet.
Petang ini, Ummi teringat untuk share sedikit perjalanan Ummi berusaha untuk mendapat cahaya mata. Ummi ingin sebut disini, apabila satu pasangan yang telah hidup sebagai pasangan suami isteri selama setahun namun belum mendapat cahaya mata, anda boleh mendapatkan rawatan pakar untuk membantu anda sekiranya anda berkehendakkan cahaya mata. Sekiranya belum bersedia, terpulanglah. Tetapi bagi yang memang ternanti-nanti kehadiran cahaya mata, jangan teragak-agak untuk mendapatkan khidmat perubatan. Ini kerana jika anda bertangguh, kebarangkalian anda untuk menimang cahaya mata juga bertambah lambat. Boleh untuk menggunakan kaedah alami, namun, dengan berjumpa dengan doktor yang pakar tentang anatomi dan fisiologi tubuh badan manusia ini, kita akan mendapat kefahaman yang lebih mendalam untuk mengenal fungsi tubuh badan kita sendiri dan dalam Islam kita pun dituntut untuk berusaha memperbaiki diri, bukan? Dalam hal ini, ramai orang yang malu, takut-takut dikatakan tidak subur, bermasalah sampaikan kena jumpa doktor. Haraplah dihiraukan pandangan sebegitu kerana ia tidak langsung menguntungkan. Bertambah serabut lagi.
Ummi berbohong jika Ummi katakan yang Ummi tidak pernah ambil peduli kata orang. Sepanjang Ummi berusaha untuk hamil ini rasanya tidak terkira air mata yang tumpah. Sesak-sesak dada menangis dihadapan suami, juga ditikar sejadah usai solat sendirian kerana merasakan tiada siapa yang memahami diri Ummi selain Allah Taala. Kadang-kadang rasa macam tidak bersyukur pula. Tetapi percayalah, Ummi belajar untuk terima ketentuan Allah itu sepenuh keikhlasan. Ummi juga belajar untuk tidak terlalu mendengar cakap-cakap orang. Ummi fokuskan pada diri Ummi & keluarga dan juga tanggungjawab sebagai pelajar masa itu. Memang payah dan susah, sampai Ummi pun tak sedar yang Ummi macam dah tak kisah dah pasal baby ni. As long as I am happy with my life and my big family. Tambahan dengan suami yang sangat supportive, Ummi macam dah tak kisah sangat.
Masa tengah dalam proses rawatan, Ummi lalui juga rawatan mental dan spiritual secara tidak langsung macam yang Ummi cakap tadi. Ambil masa tenangkan diri & rawat diri sendiri. Dalam pada Ummi dah tak fikir sangat pasal baby, Ummi ikutkan sahaja cadangan Pakar yang rawat Ummi. Daripada pil hormon kepada pil ovulasi. Daripada pil ovulasi kepada prosedur IUI (intrauterine insemination). Prosedur IUI pertama kali tidak menjadi kerana kata Doktor telur dalam ovari belum matang untuk dilanjutkan prosedur, jadi prosedur ditangguh pada bulan hadapannya. Thanks to makcik-makcik nurse yang ada masa tu, semua bagi semangat dan positifkan saya balik. Katanya, tak apa, cuba je cara natural sementara nak tunggu next appointment, mana tahu rezeki? Allahu. Memang terharu sangat dengan khidmat rawatan di situ. Mereka bukan sahaja bagi sokongan perubatan, malah motivasi yang sangat precious bagi ibu2 TTC ni. Huu. Long story short, alhamdulillah Allah rezekikan pensenyawaan berlaku pada bulan itu. Detik yang tidak dapat dilupakan. Sampai bila2.
Bersambung.........
With love,
Ummu Naqeeb

Masih menunggu sambungan perjalanan TTC. ��
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah di blog saya. InshaAllah masih mendraf perjalanan sewaktu mendapatkan rawatan di hospital. Stay in touch ya! :)
Delete