Qis Kitchen: Nasi Ayam Simple Sedap Yum Yum
Assalamualaikum wbt. Salam Sabtu, salam hujung minggu. Hari ini sekeluarga kurang sihat, berjangkit selsema. Naqeeb yang mula-mula kena, mungkin berjangkit dengan anak di rumah pengasuh. Semasa Naqeeb baru baik demam haritu, bila hantar ke pengasuh, ternampak Baby seorang lagi berair hidung & batuk. Dalam hati doa2lah Naqeeb kuat tak berjangkit pulak, kalau tidak kesian juga sebab baru je nak baik demam. Tapi dengan izin Allah Naqeeb selsema juga. Kena redhalah sebab itu memang kebiasaan bila hantar ke pengasuh yang jaga ramai budak ni. Senang berjangkit penyakit. Semoga Allah bagi ketahanan tubuh badan kepada anak-anak kecil kita semua ya. Sejak dah masuk setahun, kerap pula Naqeeb kurang sihat, demam dah dua kali selang sebulan. Selsema pun dah beberapa kali. Semoga diberi kekuatan kepada Naqeeb Alhamdulillah selsema kali ini dia masih ceria dan tidur malam pun kurang terganggu. Tapi sekarang dah berjangkit dengan Ummi, Papa pun kata dah rasa nak selsema. Cepat2 dia ambil madu. Hihi.
Demam-demam, tambah pulak hari kat luar mendung-mendung, rasa nak makan sup. Tapi teringat pula adir ipar semalam hidangkan nasi ayam untuk makan tengahari di rumah mertua. Beberapa hari lepas pun sahabat saya poskan gambar dia menghidangkan nasi ayam. Apalagi, lepas Naqeeb tidur just on the right time pukul11 lebih td, solat dhuha dulu, then godak dapur. Husband baru balik pasar beli ayam & bawang. Tengok-tengok semua bahan untuk buat nasi ayam ada. MashaAllah Alhamdulillah. Memasak dengan happynya. 😍😍😍
Saya guna resepi Azie Kitchen, Nasi Ayam Istimewa. Memang menjadi! Terima kasih banyak pada kak Azie sebab sebagai seorang isteri yang baru nak belajar memasak masa awal-awal kahwin dulu, blog kak Azie sangat membantu. Sekarang rasa macam dah pro sikit la. Haha. Boleh check resepi di SINI. Cuma Ummi ubah resepi untuk 3 orang makan je sebab beras penghabisan. Huhu. Sempat ambil gambar sekeping sebelum makan. Dan sebelum makan tiba2 baby Sado Abam Naqeeb buat suara eh3, makan tak ajak saya. Hahaha. Lalu kami sekeluarga makan bersama dengan happynyaa. Alhamdulillah.
Penghujung 2017 & 2018 ni kami suami isteri memang dah bersetuju untuk shopping once a week, pada hujung minggu. Sebabnya ialah, kami dah plan menu seminggu, saya akan prepare breakfast & makanan baby & juga dinner. Kadang-kadang masak simple je, tapi make sure menggunakan barang2 yang dibeli dengan sebaik-baiknya. Minimumkan pembaziran. Teknik plan menu memang berkesan untuk jimatkan perbelanjaan. Tahun ini tahun DASAR PENJIMATAN. Sebab banyak projek baru. 😂 Lagi satu sebab ialah kad kredit suami boleh dapat cash back kalau belanja hujung minggu. So kena ambil peluang la. Banyak percent jugak katanya. Hihi. Berbalik pada beli barang basah tadi, kalau masing2 busy, memang malam Sabtu baru boleh pergi shopping. So Jumaat & pagi Sabtu resepi adalah versi perabis barang dalam peti ais. Kami suka macam tu sebab tak membazir. Unless kalau ada tetamu barulah kami pergi beli khas untuk tetamu. 😊 Dah lama tak makan luar, pecah rekod tau. Semoga Allah redha dengan usaha kita & melipatganda rezekinya yang baik. Aamin.
With love,
Ummu

Comments
Post a Comment