Qis health: Pantang 40 hari
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah 27hb November done 40 hari berpantang. Berpantang mengikut kaedah Melayu Tradisional ini banyak mazhabnya. Bermacam-macam amalan yang perlu diikuti. Ada yang ekstrim sehingga tidak dapat diketahui kesesuaian & logik. Ada juga yang sebenarnya baik untuk diamalkan oleh ibu-ibu selepas berpantang.
Saya lebih suka berpegang dengan sikap menang-menang (win-win). Apa yang baik kita ambil & ikut. Apa yang tidak nampak apa2 kebaikan malah memudaratkan kita tolak.
Alhamdulillah dua kali bersalin & berpantang saya ditemani ibu tercinta. Ibu banyak membantu dalam urusan berpantang. Tidak kira panduan amalan berpantang secara tradisional seperti tungku, bengkung, dan urutan, malah soal makan minum & juga soal urusan rumah.
Suami yang hanya dapat cuti seminggu, banyak membantu menjaga dan menguruskan anak yang sulung yang sedang aktif. Ibulah yang banyak meringankan beban kerja rumah & memasak sepanjang saya berpantang.
Wanita dalam tempoh selepas bersalin disebut sebagai berpantang dalam kalangan orang Melayu. Berpantang ni malah ada juga diamalkan dalam adat kaum-kaum lain. Kaum Cina dan India juga ada amalan tersendiri selepas bersalin. Contohnya kaedah, akupuntur dan ayurveda.
Walaupun dah lepas 40 hari, amalan tungku dan bengkung tetap diteruskan. Saya ingin pastikan saya betul-betul sihat untuk memulakan tanggungjawab sebagai ibu kepada dua bayi. Bengkung saya hanya pakai bengkung pendek cangkuk besi itu sahaja. Beli di Shopee, RM8.77 masa Sale 11.11 baru ni, Walaupun murah sangat selesa. Untuk wanita yang bekerja, sesuai digunakan selepas masuk kerja nanti.
Sekarang dalam fasa membuat stok susu. Harap-harap susu banyak dan cukup untuk Nusaibah selama 2 tahun tanpa perlu add up dengan susu formula. Naqeeb dulu cukup sehingga 7 bulan sahaja, perlu add up FM kerana kesibukkan saya menghabiskan study dan kerja makmal. Maafkan Ummi sayang.

Comments
Post a Comment