UMMIKU STUDENT LAGI: PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK MENYIAPKAN TESIS
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah dah separuh Ramadhan dah. Ummi sekarang dalam fasa menghabiskan pengajian Masters yang dah hampir 4 tahun. Allahuakbar.
Terlalu banyak naik turun dalam perjalanan ini.
Cabaran disekeliling memang banyak tetapi sebanyak mana pun cabaran disekeliling Ummi tetap salahkan diri Ummi kerana pada akhirnya masalah itu akan kembali kepada diri kita sendiri.
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.
Dia suka mengingatkan hamba-Nya yang leka. Dan mungkin juga dia ingin hamba-Nya ini banyak belajar & mengambil pengajaran.
Kelemahan diri untuk diatasi & diperbaiki. Tanpa masalah-masalah yang Dia atur, mungkin kita tak rasa diri kita ini lemah, perlu sentiasa bergantung pada-Nya.
Allahu Allah.
Semoga Ramadhan ini, akan terbit keajaiban dengan izin-Nya, akan terbuka jalan-jalan keluar, diterangkan hati dan dipermudahkan urusan pengajian.
Alkisah hari ini aku membelek tips-tips menulis tesis dalam masa dua minggu, dua bulan, tiga bulan. Haha. Target aku memang nak habis cepatt je. Tapi harapnya kualiti pun terjamin.
Sambil-sambil elak mata terpejam bila menyusu badan ni (hormon oxitocin sedang dirembeskan), sambil memblog. Hee. Disini aku kongsikan
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK MENYIAPKAN TESIS
Dora Farkas, PhD, 17 Mac 2018
1. Menulis tesis ikut turutan Chapter.
Ini SV selalu pesan, kalau menulis tak perlu ikut turutan, setiap idea yang kita dapat melalui pembacaan atau dapatan, terus tulis, masukkan dalam Chapter berkaitan. Tak perlu tunggu untuk selesaikan satu persatu Chapter ikut turutan.
2. Tetapkan berapa jam sehari untuk menulis
Daripada tetapkan masa menulis sehari, sebaiknya kita fokus pada masa yang dapat menghasilkan penulisan terbaik. Kadang kala kalau kita set 2 jam pun, tapi masa itu kita tak produktif, hasil penulisan pun tak kemana.
3. Gandakan masa penulisan esok, kalau termiss harini.
Bunyi pun dah stress kan. Haha. Kita semua merancang, tapi Allah yang menentukan. Kalau kita dah tertinggal tu, lupakan yang tu, fokus untuk tulis sedikit-sedikit tapi konsiten.
4. Jadikan diri anda kalis distractions
Distractions akan sentiasa ada. Ini jugakk la masalah terbesar Ummi. Tak kalis distractions malah senang sangat terdistract. Huu. Masa-masa banyak berlalu sebab nak main dengan anak, sebab tetiba feeling nak memasak membaking. Jadual tak dapat nak follow.
Sebenarnya otak kita ni degil, kita memang sentiasa akan teringat-ingatkan sesuatu untuk mengganggu tumpuan tengah-tengah fokus. Menurut Farkas, kita tak boleh abai distraction tu, kita perlu selesaikan, tapi kena set limit supaya tidak tersangkut dengan benda tu.
Contoh, kita perlu hantar emel A pada B segera. Kita boleh buat, tapi elakkan kita dari buka emel-emel lain, baca emel-emel lain yang kurang penting.
5. Sambil tulis sambil semak grammar & style
Kalau macam ni Ummi memang tak buat la sebab kalau tak memang sangat lambat. Biasanya Ummi akan check sekali before hantar ke draf tesis ke SV (Sekarang dalam proses nak buat Draf ke-3). Lepas hantar ke SV biasanya Sv akan komen banyak juga pada grammar & kalau style rasa bila dah fully siap tesis nanti kot baru nak buat. Sekali dengan format.
Bak kata Farkas, it is much easier to correct your grammar and spelling than to write creatively.
6. Menulis bila dapat inspirasi.
Yang ni menarik, Farkas kata, kita sebenarnya perlu tulis bila kita takde inspirasi. Sebab inspirasi tu akan datang bila kita mula menulis. Benar. Macam Ummi ni rasanya nak tunggu inspirasi datang macam setahun sekali kot. Hahaha. Banyaknya inspirasi nak shopping. Adoyy.
7. Grandma’s law: You have to eat your zucchini (or spinach, lima beans, broccoli, etc) before you can have dessert. (Tak nak translate)
Rasa faham kan. Biasa orang akan cakap, delayed gratification. Tapi small awards along the way untuk appreciate diri sendiri dan keep motivated itu perlu. Tidaklah perjalanan pengajian kita jadi gersang dan sendu dan krik krik krik.
Alhamdulillah selesai share segala tips yang dicedok dan ditambah rasa daripada Dora Farkas ni. Semoga bermanfaat buat sesiapa yang membaca.
Ummi sekarang dah Semester 8. Allahu nervousnya. Pernah depression sekejap sebab memang buntu dah tidak tahu jalan keluar. Alhamdulillah masing keep going sampai sekarang. Allah nak ajar urus stress dan mengurus kehidupan dengan lebih baik. Allah nak ajar jadi lebih tenang dengan anak-anak dan suami walaupun stres dah tahap tinggi dah.
Nanti lepas selesai semuanya InshaAllah Ummi akan share pula pengalaman Ummi, BELAJAR, BEKERJA, MENGURUSKAN RUMAHTANGGA.
Love,
Ummi Qis.

![]() |
| Inspirationnnnsss :) |

Comments
Post a Comment