UMMIKU STUDENT LAGI: PENDAFTARAN SEMESTER 5

Harini hari pendaftaran master yang ke semester 5. Yes. Minimum duration to complete master studies is 2 years (4 semester) and maximum is 4 years. I already passed the minimum duration. Don't worry I can catch it really soon. Confident kena ada beb. Haha.

Pagi-pagi melayan Ummi's boy. Nasib tido lama pagi ni. Sempatlah Ummi kemas rumah, settle dokumen untuk pendaftaran & siapkan barang2 dia ke pengasuh. Tapi lambat la nak sampai ke UniSZA tu. Naqeeb masih dalam tempoh recovery dari selesema. Manja terlebih belum reduce lagi. Jadi sambil2 buat kerja tu memang kena main-main dengan dia la. Ummi pagi2 dah peluh duk zumba, nyanyi nursery rhyme, nak bagi dia happy. Alhamdulillah I am a happy mommy. :)


Dewan Perdana UniSZA




Bila sampai UniSZA kena pergi bayar yuran dulu sebab problem nak bank in online. Bila sampai ATM Unisza, masih lagi tak boleh proceed transaction. Staf bendahari cadangkan untuk bank in terus di Bank Islam di Dataran Austin, Gong Badak. Aduh, jauhnya. Nasib baik ada teman, Kak Naza. Sampai petang jugaklah baru settle semua benda. Semester ini berbeza sedikit sebab kena bayar yuran guna biaya sendiri. Sebelum ini ada biasiswa MyBrain, tidak ada nak kalut pasal yuran kan. huhu.

Kadar yuran Postgraduate Local Student Unisza
Alhamdulillah, semuanya selesai juga lewat petang. Saya positif inshaAllah saya boleh menghabiskan pengajian dengan jayanya semester ini. Niatkan belajar ini kerana Allah, nak meramaikan professional Muslimah di Malaysia ini dan nak bantu ekonomi keluarga & ekonomi Islam. Masih ada labwork, publication dan thesis lagi. Nampaknya banyak lagi yang perlu dilakukan. Lets just do it! Mohon doa semua. Love!

Love,
Ummu Naqeeb

Comments

Popular Posts