Qis Kitchen: Buttercake moist Umphh!

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah lepas 3 bulan akhirnya berjaya balik kampung. Akhir-akhir ni Ummi memang sangat sibuk dengan pengajian. Papa pun sibuk dengan kerja. Setiap minggu penuh dengan aktiviti, susah cari masa nak balik kampung yang terletak di Muar,  Johor. 

Alhamdulillah kebetulan abang ada Family Day Alumni Batch Dietetik UIAM, Ummi ajak Papa balik Muar. Dalam masa yang sama Ummi sangat pack dengan due date thesis chapter, preparation for colloqium & labwork nextweek. Balik kampung untuk tenangkan diri seketika & prepare mental menghadapi hari-hari yang bakal hectic nanti.

Balik kampung, memang rancang untuk habiskan masa dengan family sebaiknya. Sempat juga membakar kek mentega @ buttercake favourite yang dah lama mengidam. Hehe. Boleh baca di SINI untuk resepi dari Azie Kitchen. Dalam resepi ini tak ada dinyatakan suhu & masa. Ummi bakar pada suhu 150 dalam 40minit. Ummi tabur rice choc sikit di atas kek sebelum bakar untuk hiasan. Rasanya mashaAllah sangat sedap. Moist. Wangi dengan bau butter. Ibu & adik suka sangat. Lama anak Ibu tak membakar kek kat rumah. Ibu pun dah jarang buat sebab meletihkan katanya.



😋 😋😋
Till next time,
Ummu Naqeeb

Comments

Popular Posts