Menelusuri Sungai Terengganu dengan Bot Penambang! 😱😄😍👍
Assalamualaikum wbt.
It has been awhile Ummi duduk bermastautin di Kuala Terengganu. Berjodoh dengan Orang Terengganu, kemudian menjadi penuntut di sini. Kini sedang berdikit-dikit cuma menyumbang khidmat kepada masyarakat di sini. Alhamdulillah.
Minggu ini Tok Ibu dan Tok Ayah daripada Johor datang bertandang ke rumah Ummi asbab memenuhi undangan perkahwinan keluarga mertua tu. Adik ipar baru sahaja bernikah 3 hari lepas. Semalam majlis sambut menantu diadakan dia Kampung Bari, Setiu. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Sementara ibu dan ayah di sini, Ummi pun terfikir ke mana lagi nak bawa ayah dan ibu bersiar-siar ya. Selalunya memang mati akal, tak tahu ke mana nak bawak mereka berjalan. Rasa semua tempat dah pergi. Hehehe. Ummi teringat baru-baru ini ada iklan di whatsapp tentang perkhidmatan bot menelusuri Sungai Terengganu. Apa lagu. Petang semalam kami ke Jeti Hulu Takir untuk pertama kalinya nak mencuba naik bot.
Semalam, selepas pulang dari Setiu, kami berehat sebentar di rumah. Ummi hubungi dahulu nombor yang tertera di iklan. Ternyata perkhidmatan ini tidak perlu ditempah, sekadar pergi ke jeti dan bot memang sentiasa ada pergi dan balik di jeti dalam masa 9 pagi sehingga 9 malam. Mungkin boleh buat tempahan tetapi Ummi tidak buat tempahan awal. Selepas solat Asar kami terus bergerak ke Jeti. Lokasi jeti pun kami Googled Map sahaja sebab memang tidak pernah pergi selama 5 tahun duduk di Terengganu 😅.
Ummi dimaklumkan perkhidmatan bot ini telah lama ada malah ada masyarakat yang menjadikan ia pengangkutan untuk ke bandar. Tidak mustahil inilah pengangkutan utama di sini sebelum wujudnya Jambatan Sultan Mahmud. Tambahan lagi kini Jambatan Angkat Terengganu Drawbridge sudah dibuka. Ia lebih memudahkan perjalanan orang ramai di bahagian Seberang Takir ini.
Semalam, kami ambil pakej bergambar di Drawbridge. Keterujaannya tidak tergambar kerana pertama kali kami mencuba khidmat bot ini. Dengan kadar yang agak murah, kami berpuas hati dengan perjalanan hampir setengah jam, kami berpeluang bergambar di hadapan Drawbridge bila bot berhenti di tengah-tengah sungai. Dapat snap beberapa gambar sekeluarga tapi tanpa ibu. Ibu sedikit takut naik bot ini semalam. Fobia katanya. Mulutnya kumat kamit dengan selawat sepanjang perjalanan. Alhamdulillah tiada perkara tak diingini berlaku. Selain di Drawbridge, bot juga singgah di jeti bersebelahan Pasar Payang untuk menurunkan dan mengambil penumpang. Pemandangan yang cantik sepanjang sungai juga matahari yang sudah mahu terbenam menambahkan lagi keterujaan kami.
Cuma diingatkan pakej yang kami ambil ni (bot penambang) tiada life jacket disediakan. Jadi kalau ada anak-anak kecil yang aktif tu, kena jaga betul-betul, pegang kuat-kuat. Naqeeb semalam nampak gementar. Tak bersuara & tidak bergerak aktif seperti selalu. Mungkin nervous. Bagus juga mcm tu, jadi mudah kita nak perhati. Nusaibah pula yang nampak teruja. Tak tahu diam Ummi pegang.
Ok, ini total harga family gateaway kami semalam.
Pakej Bergambar di Drawbridge:
RM5 dewasa
Free kanak-kanak
5 dewasa x RM5 = RM25, (-RM5, diskaun dari pemandu bot)
So, total RM20 sahaja!
Puas hati. Recommended! Alhamdulillah.
Naik dari jeti, kami ambil kereta menuju ke Drawbridge pula. Hehe Jalan sakan. Adik perempuan Ummi, Cik Ana minta kami repeat lagi short trip ni bila dia mai 2 minggu lagi. InshaAllah ye Cik Ana. Hehe.
Bagi sesiapa yang nak berkunjung ke Kuala Terengganu tu, naik Seberang Takir River Cruise & bergambar di Terengganu Drawbridge ni satu kemestian tau. Selamat datang ke Terengganu! 😄
Till next time. Assalamualaikum.
With Love,
Ummu Naqeeb
It has been awhile Ummi duduk bermastautin di Kuala Terengganu. Berjodoh dengan Orang Terengganu, kemudian menjadi penuntut di sini. Kini sedang berdikit-dikit cuma menyumbang khidmat kepada masyarakat di sini. Alhamdulillah.
Minggu ini Tok Ibu dan Tok Ayah daripada Johor datang bertandang ke rumah Ummi asbab memenuhi undangan perkahwinan keluarga mertua tu. Adik ipar baru sahaja bernikah 3 hari lepas. Semalam majlis sambut menantu diadakan dia Kampung Bari, Setiu. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Sementara ibu dan ayah di sini, Ummi pun terfikir ke mana lagi nak bawa ayah dan ibu bersiar-siar ya. Selalunya memang mati akal, tak tahu ke mana nak bawak mereka berjalan. Rasa semua tempat dah pergi. Hehehe. Ummi teringat baru-baru ini ada iklan di whatsapp tentang perkhidmatan bot menelusuri Sungai Terengganu. Apa lagu. Petang semalam kami ke Jeti Hulu Takir untuk pertama kalinya nak mencuba naik bot.
![]() |
| Ini iklan yang Ummi dapat melalui Whatsapp Group. |
Ummi dimaklumkan perkhidmatan bot ini telah lama ada malah ada masyarakat yang menjadikan ia pengangkutan untuk ke bandar. Tidak mustahil inilah pengangkutan utama di sini sebelum wujudnya Jambatan Sultan Mahmud. Tambahan lagi kini Jambatan Angkat Terengganu Drawbridge sudah dibuka. Ia lebih memudahkan perjalanan orang ramai di bahagian Seberang Takir ini.
Semalam, kami ambil pakej bergambar di Drawbridge. Keterujaannya tidak tergambar kerana pertama kali kami mencuba khidmat bot ini. Dengan kadar yang agak murah, kami berpuas hati dengan perjalanan hampir setengah jam, kami berpeluang bergambar di hadapan Drawbridge bila bot berhenti di tengah-tengah sungai. Dapat snap beberapa gambar sekeluarga tapi tanpa ibu. Ibu sedikit takut naik bot ini semalam. Fobia katanya. Mulutnya kumat kamit dengan selawat sepanjang perjalanan. Alhamdulillah tiada perkara tak diingini berlaku. Selain di Drawbridge, bot juga singgah di jeti bersebelahan Pasar Payang untuk menurunkan dan mengambil penumpang. Pemandangan yang cantik sepanjang sungai juga matahari yang sudah mahu terbenam menambahkan lagi keterujaan kami.
Cuma diingatkan pakej yang kami ambil ni (bot penambang) tiada life jacket disediakan. Jadi kalau ada anak-anak kecil yang aktif tu, kena jaga betul-betul, pegang kuat-kuat. Naqeeb semalam nampak gementar. Tak bersuara & tidak bergerak aktif seperti selalu. Mungkin nervous. Bagus juga mcm tu, jadi mudah kita nak perhati. Nusaibah pula yang nampak teruja. Tak tahu diam Ummi pegang.
Ok, ini total harga family gateaway kami semalam.
Pakej Bergambar di Drawbridge:
RM5 dewasa
Free kanak-kanak
5 dewasa x RM5 = RM25, (-RM5, diskaun dari pemandu bot)
So, total RM20 sahaja!
Puas hati. Recommended! Alhamdulillah.
Naik dari jeti, kami ambil kereta menuju ke Drawbridge pula. Hehe Jalan sakan. Adik perempuan Ummi, Cik Ana minta kami repeat lagi short trip ni bila dia mai 2 minggu lagi. InshaAllah ye Cik Ana. Hehe.
![]() |
| Nice view & suasana berangin di kawasan ni. Ramai stop bergambar. Walaupun actually pemandangan nampak banyak lagi construction sedang berjalan. |
Bagi sesiapa yang nak berkunjung ke Kuala Terengganu tu, naik Seberang Takir River Cruise & bergambar di Terengganu Drawbridge ni satu kemestian tau. Selamat datang ke Terengganu! 😄
Till next time. Assalamualaikum.
With Love,
Ummu Naqeeb




Comments
Post a Comment