Roti canai homemade versi Ummu Naqeeb

Assalamualaikum wbt

Pagi-pagi Sabtu ni,  awal-awal pagi dah google resepi Roti Canai. Haa. Sebabnya kita masih ada kuah kari ayam lauk petang semalam. Mula-mula nak masak lempeng sahaja. Tapi tiba-tiba terasa nak google resepi Roti Canai. Dan terjumpalah dengan resepi Roti Canai yang sangat simple. Boleh lihat DI SINI. Bahan-bahan senang. Cara penyediaan pun simple. Mengulilah kita awal-awal pagi. Tengah-tengah menguli,  Nusaibah berbunyi ehek-ehek. Mujur dah lepas perap tepung. Hehe.

Tepung yang siap diuli perlu direndam dalam minyak. Sepatutnya kena rendam habis ya tepung tu dalam minyak. Tak jumpa bekas longkom.
Selepas 1 jam (ikut resepi 2 jam), Ummi dah start canai dah. Sebab bimbang Papa & Naqeeb nak makan awal nanti.


Sebelum canai,  perlu rehatkan sekejap 4 ke 5 minit supaya roti lebih lembut.
Ummi guna non stick pan. Senang. Ummi tak pandai tebar dan takde dulang besar nak tebar ala2 penebar roti canai kat warung tu. So Ummi pakai tarik-tarik je ikut dulang Ummi yang tak berapa besar. Ok lah. Ada rupa roti canai. Haha.

Ini salah satu hasilnya. Walaupun rupamu tidak comel,  tetapi rasamu tetap rasa roti canai. Hahaha.
Kena selera anak bujang Ummi. Alhamdulillah. Kuah kari pedas sikit tapi tetap makan bertambah. Tak cukup sekeping. Hihi. 

Potong kecil-kecil supaya Naqeeb mudah nak makan. 
Alhamdulillah,  selesai mencuba resepi baru. Lepas-lepas ni kalau teringin makan roti canai tapi malas nak keluar, boleh la uli sendiri. Harap-harap bukan kali terakhir buat ni. Haha. Papa pun terkejut Ummi buat roti canai pagi ni. Katanya, "Wahh sejak bila sayang menceburkan diri dalam arena roti canai ni?? " Hahahaha.

Ok done sharing, till next time! Assalamualaikum. 😄😄😄

Comments

Popular Posts