Mencari Kontraktor Rumah Sekitar Terengganu?
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, hari ini rasa nak kongsi progress rumah kami yang mula dibina awal tahun ini. Papa ingat sangat tarikhnya. 19 Januari 2019. Haribulannya sama dengan haribulan lahir Nusaibah. Mudah nak ingat sepatutnya. Huhu. Terletak di dalam Daerah Kuala Nerus, Terengganu. Kami menggunakan khidmat kontraktor yang kami percayai AHM.
Perjalanan untuk membina rumah ini bukannya sekejap. Ummi berterima kasih sangat kepada Papa yang banyak berusaha masa, tenaga dan yang paling penting wang ringgit untuk memastikan impian kami memiliki rumah pertama ini tercapai. Alhamdulillah, kini, rumah kami hampir siap 95%. Yang tinggal hanya proses memasukkan eletrik dan pemasangan grill. Apabila selesai semua pintu dan tingkap rumah siap, kami boleh memohon bekalan eletrik daripada TNB. Jadi sekarang memang menunggu pintu utama je dipasang. Petang tadi nampaknya pintu dah sampai. InshaAllah by this week boleh selesai semua tu dan kami dah boleh mohon elektrik.
Sedikit tentang AHM ini, Papa mengenali kontraktor ini di tempat kerjanya di Hospital Terengganu. Dia adalah seorang doktor pakar bedah otak yang berhenti darpiada kerjayanya dan menyambung legasi AHM ayahnya. Memandangkan Papa telah mengenali kontraktor ini dari tempat kerja lagi, dan selesa dengannya, Papa mula bertanya dan cuba survey rumah-rumah yang telah dibina oleh kontraktor ini dan mendapatkan feedback daripada pelanggan-pelanggan sebelumnya yang akhirnya Papa pun setuju untuk buat dibawah kontraktor ini. Kontraktor ini memang based di Terengganu dan telah menjalankan beberapa projek yang boleh dikatakan berjaya sebelum kami. Harga yang ditawarkan pun berpatutan. Setakat ini, kami happy dengan progress rumah kami. Semoga semua urusan lancar sehingga akhir.
Sesiapa yang berminat, dalam proses nak bina rumah & mencari kontraktor sekitar Terengganu, kami berbesar hati nak bantu anda kenal dengan kontraktor ini. Boleh komen di ruangan komen ya. Terima kasih. :)
Ummu Naqeeb

Comments
Post a Comment