Ummi's First Portuguese Egg Tart
Nikmat Allah yang mana satukah yang hendak hamba dustakan. Hari yang ceria & tenang. Ummi nak share kali pertama buat Portugues Egg Tart menggunakan Puff Pastry. Ummi sangat suka apa-apa makanan berasaskan pastri. Tetapi seumur hidup tak pernah cuba buat sendiri.
Hujung bulan lepas Suami hadiahkan Ummi oven yang sangat comel sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-5. Alhamdulillah. Ummi sangat happy sebab Ummi memang dah lama mengidam nak ada oven sendiri sebab Ummi suka benda-benda baking-baking ni. Haha. Sekarang ini tengah bersemangatlah dengan oven baru. 😂
Tahun ke-5 perkahwinan ni memang terasa kelainannya. Mungkin kerana kami dah sedikit matang dalam perhubungan kami. 5 tahun pertama perkahwinan yang agak genting, fasa perkenalan sebenar baru bermula, lagi mencabar, diuji sedikit lewat mendapat cahaya mata. Ummi lah yang selalu emotional. Mujur Papa banyak bersabar. Perkenalan kami sangat singkat sebelum berkahwin, jadi cabaran untuk membiasakan diri dengan sikap & perangai masing-masing, dengan Ummi yang terpaksa tinggalkan keluarga beratus-ratus kilometer (Cinta Johor-Terengganu) memang kalau ikutkan sangat sukar. Homesick jugak na masa mula-mula kahwin. hihi. Tapi setelah masuk tahun ke-5, semuanya sudah stabil dan kami bersyukur dapat melepasi 5 tahun pertama ini. Mungkin benarlah kata orang-orang jika dapat melepasi 5 tahun pertama fasa perkahwinan, inshaAllah boleh survive ke akhirnya, berjodoh di dunia & syurga. Aminn ya Allah Aminn.
Baik. Berbalik kepada Portuguese Egg Tart kita tadi, boleh tengok resepi asal yang Ummi rujuk. Linknya DI SINI.
Ummi's Portuguese Egg Tart
Puff Pastry:
Jenama Kawan (Ummi guna 2 keping)
Bahan Kastard Telur:
1 kotak kecil Susu Fullcream jenama Goodday
150ml air masak
120gm gula kastor
4 biji telur dibasuh dahulu
2 sb tepung jagung
1 sk esen vanilla
Cara-caranya:
1) Thaw puff pastri yang baru keluar daripada peti ais.
2) Tekap bulat-bulat dengan penekap bulat. Ummi guna cawan je. Saiz bajet-bajet ikut bekas yang kalian nak guna untuk bakar tu ya.
3) Pastu roll pastri tu dengan roller. Ummi xdak roller, guna tangan je canai-canai bagi nipis sikit. Rumah tak cukup barang mengekek, tapi nak buat jugak kan. Inilah jadinya. Haha.
4) Panaskan ketuhar pada suhu 200 ke atas.
5) Masukkan pastri dalam bekas pembakar.
6) Pastu bahagian kastad telur tu, campurkan semua bahan-bahan kastad, guna mixer boleh guna blender pun boleh je rasanya. Tapis dulu ya.
7) Then, barulah masuk ke dalam bekas yang kita dah tepek dengan pastri tadi.
*dapat bayangkan tak ni? Sorry la takde gambar every steps sebab tak ingat nak snap pun..haha
Masukkan dalam ketuhar, setkan 230°C selama 40 minit. Ini depends on ketuhar jugak ya.
Actually beberapa percubaan pertama Ummi buat pastri dia macam tak naik. Then bila adjust suhu tinggi sikit baru naik molek & ada signature burn atas telur tu yang cantik. Kalau takde macam hitam-hitam manis tu tak naik seri tart ni. hehe. Masa dan suhu yang Qis bagi ni lepas beberapa optimization trial tau. Gigih kan. Kikiki.
Selamat mencuba!
With love,
Ummu Naqeeb

![]() |
| Yang ini, menjadi. Yummss. |
![]() |
| Kali pertama buat, pastri kurang naik kerana kurang suhu. |
Selamat mencuba!
With love,
Ummu Naqeeb

Comments
Post a Comment