Ummi's First Portuguese Egg Tart
Nikmat Allah yang mana satukah yang hendak hamba dustakan. Hari yang ceria & tenang. Ummi nak share kali pertama buat Portugues Egg Tart menggunakan Puff Pastry. Ummi sangat suka apa-apa makanan berasaskan pastri. Tetapi seumur hidup tak pernah cuba buat sendiri. Hujung bulan lepas Suami hadiahkan Ummi oven yang sangat comel sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-5. Alhamdulillah. Ummi sangat happy sebab Ummi memang dah lama mengidam nak ada oven sendiri sebab Ummi suka benda-benda baking-baking ni. Haha. Sekarang ini tengah bersemangatlah dengan oven baru. 😂 Tahun ke-5 perkahwinan ni memang terasa kelainannya. Mungkin kerana kami dah sedikit matang dalam perhubungan kami. 5 tahun pertama perkahwinan yang agak genting, fasa perkenalan sebenar baru bermula, lagi mencabar, diuji sedikit lewat mendapat cahaya mata. Ummi lah yang selalu emotional. Mujur Papa banyak bersabar. Perkenalan kami sangat singkat sebelum berkahwin, jadi cabaran untuk membiasakan diri dengan sika...




